Lebih 20 ribu delegasi dan peserta melibatkan pemain industri teknologi dari seluruh dunia bakal disatukan dalam Ekspo Smart Nation 2022 pada September ini.<br /><br />Bertemakan memacu transformasi digital, ekspo yang kembali dianjurkan selepas dua tahun ini akan menjadi platform buat pengunjung merasai pengalaman bagaimana semua sektor ekonomi boleh ditransformasi menerusi ekonomi digital.
